Monday, February 20, 2012

Tuesday, June 22, 2010

Rider SMC Sani menang bergaya pada pusingan ke3


Penulis sedang interview Aidil untuk Astro Awani

Sani menamat perlumbaan dgn gaya tersendiri...


Amir Yusof dengan gaya freesyle


Roma Jaguh dalam katogeri Novice

Sani Rider SMC dalam kategori Cubross 2T

Baling 20.6.2010 -Setelah melalui ujian paling getir pada peringkat 1 dan ke 2. rider SMC Sani berjaya memenangi dengan penuh bergaya di tempat yang pertama pada pusingan ke 3 dalam pertandingan motorcross Unlimited extereme di Trek komplek Rakan Muda Baling pada kategori Cubcross 2T.Bagaimanapun beliau mendapat tempat ke6 pada keseluruhan pusingan disebabkan masalah teknikal pada motosikalnya .Dalam kategori NOVICE dimenangi oleh Roma dan Amer Yusof telah memenangi acara expert.

Sunday, June 13, 2010

Rider Azhar Racing Team(ART) dan SMC dlm SinarHarian14th Jun2010


Petikan dari Sinar Harian 14th June 2010

Sidam 14th June -Pagi2 dah keluar ke Padang Serai nak beli sarapan
.Tiba2 muncul seseorang dari belakang sambil memilih kueh sambil membaca
surat akhbar Sinar Harian .Kemudian beliau menyapa "Bila nak buat race kat Sidam bro dah gian lama tak tengok race....'. Terkejut juga bila dia tanya macamtu ,Siasat punya siasat rupanya kawan kita ni peminat motorcross.facebook dan bolg SMC. Ikut perkembangan juga mamat ni ,glamor jugalah aku,Kemudian ditunjukan satu rencana dalam Sinar harian tentang rider SMC dan ART.Aku ingat aku seorang saje glamor rupa2 sahabat kita dr ART (Azhar Racing Team ) Along lagi glamor.Macam2 dia tanya kenapa race kat Perlis tak dak dalam blog dan facebook tapi Perak ada,Susah juga aku nak jawab .Akhir sekali dia hadiah suratkhabar Sinar Harian kpd aku untuk dimuatkan dlm Bolg dan facebook,Itu baru blog kalau TV ,web dan media lain entahlah, itulah dinamakan ledakan teknologi



Thursday, June 10, 2010

Pameran Motorcross dan Demo oleh ART Racing Team


Gerai pameran dilawati oleh penyanyi tersohor negara Aishah

Along dan Mat Alif bersama peminat(kiri) dan Pengurusan SMC(Kanan)

Seberang Jaya-10th June 2010 pihak penganjur ekspo pertanian di sini telah mengadakan pameran motorcross di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya. Pameran yang berlangsung selama seminggu itu di adakan di tapak pesta berdekatan dgn lebuhraya utara Selatan dan BKE.Ianya akan berakhir pada 13hb June ini.Sempena pameran tersebut pihak penganjur menjemput pihak ART RACING TEAM Lahar Yooi untuk mengadakan pameran dan demo secara ringkas di satu padang yang direka khas bagi tujuan demo tersebut Demo tersebut hanya diadakan pada sebelah mlm shj.Demo akan terus berlangsung sehingga tamat Ekspo pada 13hb June ini.Bagaimanapun esok 11th June satu demo akan diadakan pada sebelah siang untuk tontonan pihak media.Demo tersebut telah kendalikan oleh dua org perlumba iaitu Mohd Alif dan seorang perlumba SMC (Sidam Motorsport Club)yang pernah memenangi naib johan dalam kategori Novice di Perak Open baru2 ini iaitu Azzie Adireezal atau Along.Datanglah beramai2 untuk menyaksikan demo tersebut esok. Lokasi gerai terletak berdekatan dgn pejabat urusetia

Sunday, May 30, 2010

Keceriaan di hari kedua di litar Renjar Motorcross Pusing Perak


Inilah orang kuat Sidam Motorsport Club

Inilah Joki Sidam Motorsport Club Beron (Kiri) dan Along(kanan)

1)Sani terpaksa telan air liur 2)Penyokong setia SMC
sahaja kerana masalah teknikal

IPOH-30.5.2010 setelah meratap kedukaan di hari pertama semalam dlm pertandingan motorcross terbuka Perak di Litar Renjar Motorcross Pusing Perak. Crew Sidam Motorsport Club yang diketuai oleh En Fuad dan Fahmi semalam melalui joki mereka Sani terpaksa berputih mata dalam acara Cupcross kerana masalah teknikal.
Walaupun hari ini acara Endurance gagal dihabiskan , disebabkan kebocoran pada tayar belakang,tapi Crew`Sidam Motorsport Club menarik nafas lega apabila Joki mereka Azzie Adireezzal atau Along memenangi acara Novice ditempat kedua walaupun ketinggalan pada peringkat pertama dimana beliau mengalami kemalangan kecil .Diatas semangat yang tinggi serta sokongan drp penonton , beliau dpt menyempurnakan saingan pada peringkat kedua dengan cemerlang sekali.Tidak ketinggalan tahniah buat Beron diatas semangat dan keberanian beliau.Kami penyokong dr Sidam motorsport Club mengucapkan tahniah kpd Along dan jurulatihnya Abang Az .





Thursday, May 6, 2010

Sidam motorcross challenge dr Album Redhu Malik




Terima kasih Redhu Malik kerana memberi sumbangan gambar dlm face book.walaupun lambat sampai, tapi sumbangan anda sungguh bermakna.Pada kawan2 blogger semua Redhu Malik adalah jurugambar bebas .Sesiapa yg nak guna khidmat beliau boleh layan facebook.Klu nak tengok gambar diambil oleh beliau semasa Sidam motorcross challenge berlangsung boleh layari http://www.facebook.com/redhu

Gambar2 adalah petikan dr album Redhu Malik dlm Face book

Sunday, May 2, 2010

Hari kedua kejohanan Sidam motocross challenge(2hbMay2010)










inilah juara acara Junior dan Novice Adik ROMA bin Nor Izham
Kemuncak kejohanan Sidam motorcross Challence telah pun berakhir dimana kejohanan yg julung kali diadakan di litar Sidam kanan motorcross telah melahirkan bakat terpendam.Kejohanan bukan saja mendpatkan sokongan dr peserta malah penonton juga memberi sokongan sungguh membanggakan serta tak ketinggalan pihak media termasuk dr stesen TV Astro Awani Acara penutup dan peyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan negeri Kedah Dr Hj Hamdan bin Mohamed Khalib .Berikut adalah keputusan penuh.





Acara Junior
1)Roma Bin Mohd Izham
2)Syed Ahmad Syamil bin Syed Putra
3)Mohd Akmal bin Az Junaidi
4)Mohd Shafiq bin Noor Affend
5)Abdul Amin bin Mohd Zamri
Acara Cubcross(4 stroke)
1)Noor Hafiz bin Ismail
2)Ku Mohd Feeizal bin Ku Ismail
3)Mohd Sanie bin Saidin
4)Abdul Muluq bin Zulkifli
5Noor Rashidi bin Ismail
Acara 150CC ke bawah
1)Khairul Zaini bin Ibrahim
2)Mohd Yusri bin Saad
3)Nor Jemi bin Mat Ledin
4)Mohd Zaini Bin Daud
5)Mazni bin Yusof
Acara Cubcross(2Stroke)
1)Mohd Yusni bin Abd Rahim
2)Nawawi bin Abd Aziz
3)Mohd Khairul Idlan bin Hassan
4)Mohd Faiz in Kamarudin
5)Mohd Fikri bin Rosedi
Acara Endurance open
1)Ahmad Nasie Najmi
2)Shahrinnizam Abu Bakar
3)Haszhar Mat Hassan
4)Nazri bin Bahari
5)Megat Asmadi bin Megat Saidin
6)Amirul Asraf Che Gaafar
7)Harudin bin Omar
8)Mohd`Azri b Omar
9)Wan Hussain b Ahmad
10)Shukor b Ismail
Acara Classic
1)Mahamad Hilmi bin Kamaruddin
2)Mohd Najhan Azizi bin Musa
3)Mohd Zukhi mansor
4)Zainul bin Mat Zin
5)mohd zaki bin Mohd Radi
Acara veteran
1)Kan Ying Heng
2)Khairul Fauzi bin Ayob
3)Haszhar Mat Hassan
4)Megat Asmadi
5)Che Surani bin Hussain
Acara Expert
1)Aidil Adhar b Salimi
2)Mohd Nasie b Najmi
3)Mohd Shaiful Nazri b Shafie
4)Mohd Azzie Adireezzal b Azhar
5)Zaki b Zolkifli
Acara Novice Open
1)Roma bin Nor Izham
2)Mohd Zulfikri bin Sapni
3)Abdul Halim bin Ahmad
4)Azhan bin Ahmad
5)Mohd Yusof bin Saidin
Laporan oleh
Wak Ali
Kg Sidam
3th May 2010