Saturday, May 1, 2010

Persaingan hebat perlumbaan motorcross hari Pertama(1hbMay2010)





BALING 26 April – Suatu ketika dahulu motocross antara sukan lasak yang sering diberi perhatian dan mendapat liputan meluas.

Namun kini, ia tenggelam begitu sahaja walaupun telah melahirkan ramai bakat baru terutama golongan remaja di negara ini.

Mungkin disebabkan kos penganjuran tinggi atau tidak ada syarikat korporat berminat untuk menaja sukan berkenaan, sukan motocross jarang diadakan di negara ini walaupun ia tidak memerlukan litar canggih sebagaimana sukan motosikal lain seperti cubprix dan sebagainya.

Di Litar Kompleks Rakan Muda Baling di sini kelmarin, satu kejohanan motocross telah diadakan dan mendapat tumpuan lebih 1,000 orang khususnya di kalangan remaja di daerah ini.

Dalam kejohanan tersebut, jaguh motocross negara, Mohd. Amir Yusof Mohd. Ridzuan, 20, muncul juara sirkit pertama motocross kategori empat lejang Kedah.

Kejayaan itu menaikkan semangat anak muda tersebut yang bakal mewakili negara untuk menjalani latihan dengan menggunakan motosikal keluaran Austria, KTM di California, Amerika Syarikat pada Mei ini di bawah tajaan sebuah badan, Al Iskandari.

Juara kategori Expert Malaysia 2007 dan Expert Macau 2006 itu sejak awal mendahului lawannya pada setiap pusingan.

Anak muda dari Alor Setar, Kedah yang pernah menyertai siri sirkit di Thailand, Filipina dan Macau itu berazam untuk terus membuktikan penguasaannya dalam arena motocross negara.

Ketika ditemui, Mohd. Amir Yusof berkata, kejohanan itu membantunya mempertajamkan kemahiran dan teknik menunggang dengan lebih baik bagi menghadapi saingan akan datang.

Bagaimanapun, katanya, dia mendapat saingan hebat daripada pelumba Ahmad Nasaie Najmi yang memperoleh tempat kedua manakala Aidi Adha Salimi berada pada kedudukan ketiga.

Sirkit motocross anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Kedah itu menyaksikan seramai 43 peserta mengambil bahagian dalam empat kategori yang dipertandingkan termasuk dua lejang, cubcross dan mini bike.

Bagi kategori dua lejang, Mohd. Khairul Che Lah muncul juara mengatasi Mohd. Shafiq Mahadi di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi Amirul Asraf Che Ghafar.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan piala kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah, Othman Abdul.-Petikan dr ahkbar utusan


Laporan dr Kgsidammotorcross

Memang benar apa yg pekatakan untuk menganjurkan sukan motorcross memerlukan modal yg tinggi.ini terbukti apa belia Kg Sidam terpaksa mengeluarkan belanja yg banyak untuk menganjurkan sukan motorcross ni.Walaubagaimana pun tahniah kpd Belia Kg sidam kerana dpt menganjurkan sukan bermotor ini .Selesai sudah saringan drp peringkat Junior hingga ke veteran serta expert .Besok adalah acara kemuncak .Hari ini kita bertuah dpt menonton acara pertunjukan dr juara motorcross malaysia yg baru dinobat di Baling Kedah.Selamat menonton dan selamat dtg ke litar Kgsidammotorcross.

1 comment: