Tuesday, June 22, 2010

Rider SMC Sani menang bergaya pada pusingan ke3


Penulis sedang interview Aidil untuk Astro Awani

Sani menamat perlumbaan dgn gaya tersendiri...


Amir Yusof dengan gaya freesyle


Roma Jaguh dalam katogeri Novice

Sani Rider SMC dalam kategori Cubross 2T

Baling 20.6.2010 -Setelah melalui ujian paling getir pada peringkat 1 dan ke 2. rider SMC Sani berjaya memenangi dengan penuh bergaya di tempat yang pertama pada pusingan ke 3 dalam pertandingan motorcross Unlimited extereme di Trek komplek Rakan Muda Baling pada kategori Cubcross 2T.Bagaimanapun beliau mendapat tempat ke6 pada keseluruhan pusingan disebabkan masalah teknikal pada motosikalnya .Dalam kategori NOVICE dimenangi oleh Roma dan Amer Yusof telah memenangi acara expert.

Sunday, June 13, 2010

Rider Azhar Racing Team(ART) dan SMC dlm SinarHarian14th Jun2010


Petikan dari Sinar Harian 14th June 2010

Sidam 14th June -Pagi2 dah keluar ke Padang Serai nak beli sarapan
.Tiba2 muncul seseorang dari belakang sambil memilih kueh sambil membaca
surat akhbar Sinar Harian .Kemudian beliau menyapa "Bila nak buat race kat Sidam bro dah gian lama tak tengok race....'. Terkejut juga bila dia tanya macamtu ,Siasat punya siasat rupanya kawan kita ni peminat motorcross.facebook dan bolg SMC. Ikut perkembangan juga mamat ni ,glamor jugalah aku,Kemudian ditunjukan satu rencana dalam Sinar harian tentang rider SMC dan ART.Aku ingat aku seorang saje glamor rupa2 sahabat kita dr ART (Azhar Racing Team ) Along lagi glamor.Macam2 dia tanya kenapa race kat Perlis tak dak dalam blog dan facebook tapi Perak ada,Susah juga aku nak jawab .Akhir sekali dia hadiah suratkhabar Sinar Harian kpd aku untuk dimuatkan dlm Bolg dan facebook,Itu baru blog kalau TV ,web dan media lain entahlah, itulah dinamakan ledakan teknologi



Thursday, June 10, 2010

Pameran Motorcross dan Demo oleh ART Racing Team


Gerai pameran dilawati oleh penyanyi tersohor negara Aishah

Along dan Mat Alif bersama peminat(kiri) dan Pengurusan SMC(Kanan)

Seberang Jaya-10th June 2010 pihak penganjur ekspo pertanian di sini telah mengadakan pameran motorcross di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya. Pameran yang berlangsung selama seminggu itu di adakan di tapak pesta berdekatan dgn lebuhraya utara Selatan dan BKE.Ianya akan berakhir pada 13hb June ini.Sempena pameran tersebut pihak penganjur menjemput pihak ART RACING TEAM Lahar Yooi untuk mengadakan pameran dan demo secara ringkas di satu padang yang direka khas bagi tujuan demo tersebut Demo tersebut hanya diadakan pada sebelah mlm shj.Demo akan terus berlangsung sehingga tamat Ekspo pada 13hb June ini.Bagaimanapun esok 11th June satu demo akan diadakan pada sebelah siang untuk tontonan pihak media.Demo tersebut telah kendalikan oleh dua org perlumba iaitu Mohd Alif dan seorang perlumba SMC (Sidam Motorsport Club)yang pernah memenangi naib johan dalam kategori Novice di Perak Open baru2 ini iaitu Azzie Adireezal atau Along.Datanglah beramai2 untuk menyaksikan demo tersebut esok. Lokasi gerai terletak berdekatan dgn pejabat urusetia